Monday, November 23, 2009

Satu atau Tujuh Puluh Dua...?


Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’
(HR Ibnu Majah, Ibnu Abi 'Ashim, AlLalikaa-i)

Kalau dibaca hadith di atas, telah dinyatakan tentang perihal hanya ada satu sahaja golongan dari setiap umat yang akan masuk syurga. Satu golongan yang dimana setiap manusia yang membaca hadith diatas pasti berkira-kira, "Apakah aku termasuk dalam golongan tersebut?" sambil mengerutkan dahi dan jantung yang berdebar-debar. Barangsiapa yang merasakan hal seperti ini, maka masih ada iman dalam hatinya karena bergementaran apabila mendengar ucapan Allah swt melalui perantaraan Rasulullah saw. Kadang-kadang dalam sedar atau tidak, setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti hati kecil kita terdetik samada apa yang kita telah/sedang/bakal lakukan ini bertepatan atau tidak dengan kehendak Allah swt, apakah ianya satu perbuatan yang diredhai Allah atau tidak. Namun hasilnya mungkin sebagian sahaja daripada kita yang menterjemahkan kegusaran itu dan berfikir kembali dan sebagian lagi mencuba untuk melupakannya dengan menenangkan diri sambil berkata bahawa mungkin itu hanya mainan hati. Tiada syak pun di dalam hati bahawa mungkin itu adalah peringatan dari Allah supaya memikirkan lagi akibat dari perbuatan itu.

Era globalisasi zaman kini telah membawa lebih banyak kepada hiburan atau lebih sering disebut Hedonisme. Ramai yang terlalu taksub akan hiburan dan fanatik kepada perkara yang melalaikan. Masing-masing hampir tidak sedar perbuatan tersebut dan merasakan ianya cuma minat biasa dan tidak menyimpang dengan agama. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, wajarkah kita melebih-lebihkan orang yang belum tentu sayang kepada kita seperti yang Rasulullah saw lakukan kepada kita? wajarkah kita memuja mereka, mengambil tahu setiap inci kegiatan harian mereka, informasi terkini dan terdahulu tentang mereka, hingga kita mengabaikan terus perkara yang seharusnya kita ketahui. Apabila dilakukan survey pada mereka ini, dan ditanyakan mengenai Islam dan Rasulullah, segelintir menjawab "Erm..penah belajar masa sekolah dulu..hehe" sambil menggaru-garu kepala dan sengih. Sungguh sedih melihat anak-anak muda zaman sekarang yang kecintaannya pada dunia lebih dari akhirat.

Hidup di dunia ini hanya persinggahan semata-mata macam RnR, stesen minyak, dan mana-mana tempat rehat yang akhirnya akan kita tinggalkan. Beza nya dengan kehidupan adalah kita tidak akan pernah dapat kembali lagi andaikata sudah sampai ke tempat tujuan kita di sana; samada syurga atau neraka. Itu semua haikiki dan kekal selama-lamanya. Maka hidup di alam fana ini seharusnya membuat kita lebih gigih untuk mengejar kesenangan di akhirat. Umpama seorang pendaki yang hendak mendaki gunung. Pelbagai persediaan telah dilakukan dari segi mental ataupun fizikal. Bermula dari latihan stamina hinggalah bekalan makanan, khemah dan sebagainya. Seboleh-bolehnya dipastikan tiada yang tertinggal atau tiada apa-apa yang boleh mempersulit perjalanannya. Tapi hal ini tidak pula diaplikasikan dalam kehidupan di dunia ini. Tak ramai diantara kita yang bersungguh-sungguh mengejar akhirat.

Di dalam Kitab Tambigul Ghafilin (Peringatan bagi yang Lupa) ada menukilkan tentang 5 kerisauan yang seharusnya bertapak dalam hati kita sebagai manusia, hamba Allah swt;
  • Kerisauan tentang dosa yang telah dilakukan, samada diampunkan ataupun tidak.
  • Kerisauan tentang setelah dilakukannya kebaikan, apakah diterima oleh Allah atau tidak.
  • Kerisauan tentang perkara yang telah dilakukan pada masa lalu dan akan dilakukan pada masa depan
  • Kerisauan tentang posisinya antara dua stesen akhir yang diciptakan Allah; Syurga atau Neraka.
  • Kerisauan samada Allah meredhainya atau membencinya.
Seandainya perkara-perkara ini sentiasa berlegar-legar difikiran kita, mungkinkah kita masih tegar untuk melakukan maksiat? masihkah kita mampu untuk bergelak ketawa dan terlalu gembira dengan dunia? mungkinkah kita sanggup menolak sebentar untuk beribadat dengan lebih tekun pada Allah? Fitrah manusia sememangnya lemah, andai perkara ini diterapkan dalam diri, pastinya kita lebih berhati-hati dan menjaga setiap amal dan perbuatan didunia ini. Kerisauan inilah yang menjadi pemangkin untuk kita teruskan ibadat dan meninggalkan maksiat seterusnya berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan berusaha menolak kemungkaran.

Sehubungan dengan bertandangnya bulan Dzul Hijjah ini, sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas;

Rasulullah saw bersabda " Tidak ada hari, dimana amal shalih di dalamnya lebih dicintai oleh Allah selain daripada hari-hari ini- 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah. Mereka berkata; "Wahai Rasulullah saw, walaupun jihad fi sabilillah?" Baginda menjawab; "Walaupun jihad fi sabilillah, kecuali ada seorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (untuk jihad) kemudian tidak membawa pulang itu semua" "(HR Bukhari)

Bagi menyahut seruan Rasulullah saw, marilah sama-sama kita melakukan amal shalih dalam 10- hari pertama bulan dzul Hijjah ini. Sayang rasanya andai pada hari-hari yang dicintai Allah ini kita habiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Banyak perkara amal shalih yang boleh kita lakukan. Tiada hadith yang menyatakan amalan-amalan yang khas dilakukan pada hari-hari tersebut, namun segala bentuk amal shalih bisa dilakukan. Maka perbanyakkanlah membaca Al Quran, berzikir tahmid, tahlil, dan takbir, bersedekah, berpuasa terutama pada Hari Arafah seperti yang dinyatakan dalam satu hadith riwayat Abu Qatadah ra;

Rasulullah saw ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda menjawab: "Ia dapat menghapuskan dosa pada tahun lalu dan tahun berikutnya." (HR Muslim)

Sahutlah seruan Allah ini kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Dia mengotakan setiap janjiNya. Janji Allah bukan seperti janji manusia yang boleh dimungkiri sesuka hati. Janji Allah adalah pasti. Hari Arafah menurut perkiraan kalendar Islam jatuh pada 9 Dzul Hijjah dan kecanggihan teknologi sekarang membolehkan kita mengakses laman-laman web dari Kerajaan Arab Saudi yang menyatakan bila jatuhnya hari Arafah seandainya kita ragu-ragu dengan perkiraan sendiri. Amalan berpuasa itu dikatakan amalan yang sangat baik selain dari segi kesehatan, puasa juga antara amalan yang hanya kita dan Allah swt yang tahu. Menurut pendapat saya, berpuasa dapat mengurangi dari wujudnya perasaan riak dan takabbur, tidak seperti solat atau pun sedekah yang biasanya dapat diperhatikan oleh orang disekeliling kita.

Seterusnya pada 10 Dzul Hijjah, jatuhlah Hari Raya AidilAdha ataupun lebih sering disebut masyarakat sebagai Hari Raya Kurban. Pada hari ini, umat Islam merayakan satu lagi perayaan Islam yang besar mengingati peritiwa bersejarah yang terjadi pada Nabi Ibrahim as. Semua umat Islam digalakkan melakukan kurban dan menyedekahkannya pada orang fakir miskin yang memerlukan. Berlapang dada lah dalam melakukan sedekah, semoga amal kita ini lah yang akan menemani kita di akhirat kelak. Keikhlasan dalam melakukan setiap ibadat itulah yang diperhatikan oleh Allah swt dan dinilai untuk keputusan posisi kita diakhirat.

Cukup sekadar ini tulisan saya pada hari ini. Semoga ada yang dapat mengingatkan pada yang lupa dan semoga diri ini sendiri juga mendapat manfaat. Memperingati orang lain juga adalah antara proses muhasabah diri supaya dalam pada kita menilai orang lain, diri sendiri juga termasuk dalam penilaian. Akhir kata dari saya, nyatakan 6 hal ini dalam diri kita dengan harapan kita sentiasa bersedia untuk dekat dengan akhirat;
  • Kenali Allah dan taat pada Nya
  • Kenali syaitan dan jauhinya
  • Kenali kebenaran dan ikutinya
  • Kenali kebatilan dan jauhinya
  • Kenali dunia dan menolaknya
  • Kenali akhirat dan mencarinya
Akhirul kalam, wassalam.




Wednesday, November 18, 2009

Antara Kompleks dan Kebenaran.

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Bukhari).


Itu sabda Rasulullah SAW, Nabi junjugan kita. Seorang lelaki yang telah dipilih untuk mengetuai ummat sekalian alam, pembawa risalah kebenaran, dan syariat terakhir dalam dunia ini. Perihal dari segi akidahnya, ibadahnya, perlakuan sehariannya, sehingga perawakan fisikalnya adalah satu kesatuan yang indah antara sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Sunnah bagi kita mengadaptasi segala perihal kehidupan Rasulullah dalam hidup kita seperti yang dianjurkan dalam Al Quran. Ini semua orang pun sudah tahu, tapi nak aplikasinya sangat lah susah. Ramai yang cenderung mengikut hawa nafsu dan akli semata-semata dalam menarik diri dan teman-teman sekeliling untuk melakukan kebaikan. Tanpa ada nas dan dalil yang sahih dr Al Quran dan Hadith.

Ada golongan yang sering mengajak kepada kebaikan tapi jalan yang dipilih itu tidak bertepatan dengan apa yang diajarkan Islam. Inilah yang dinamakan jahil (tidak tahu). Berbeza dengan bodoh (Arabic : Sufaha), yang apabila diajar masih juga tidak dapat memahami tetapi jahil ini bisa diajar dan memahami. Terdapat pelbagai bentuk jahil yang boleh membuatkan seseorang itu tidak sampai pada jalan yang lurus seperti yang dikehendaki Allah azza wajalla. Firman Allah;

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Karena sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati nurani itu, semua akan diminta pertanggungjawaban"
(surah Al-Isra':36)

Contohnya ada sesetengah golongan pembawa agama seperti tarekat, Islam Liberal dll, mereka membawa agama dengan menghilangkan tunjang utama yang ditinggalkan Rasulullah saw yakni Al quran dan Hadith. Ingin mengajak orang untuk melakukan kebaikan dengan melakukan kebohongan yang nyata seperti menyebarkan pahala-pahala tiap malam tarawikh pada bulan Ramadhan dengan sekian-sekian jumlah, membenarkan penggunaan hadith palsu, ataupun mengalunkan zikir-zikir yang direka sendiri ataupun yang tiada contoh dari Rasulullah saw. Walaupun niat segelintir orang-orang ini adalah untuk membawa kepada kebaikan, ingatlah bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Apakah tidak cukup apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah sehingga kita terpaksa mereka-reka untuk menarik orang kepada agama? Apakah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah tidak memadai sehingga harus menokoktambah ibadah-ibadah yang telah dianjurkan baginda? Sesungguhnya sebaik-baik manusia yang maksum itulah Rasulullah saw, satu figure yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt.

Dalam proses pengabdian kita terhadap Allah dan Rasul, seharusnya kita perhatikan apakah ibadah kita, akhlak serta amalan yang kita lakukan itu bertepatan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Apakah manfaatnya ibadah yang dilakukan itu tidak sampai tujuannya pada Allah? Sama seperti menjawab exam, soalan yang dipahami dengan baik, tapi teknik menjawabnya salah, hasilnya tetap salah. Tapi exam itu di dunia, dan kerugiannya sangat minimal namun amal ibadah kita ini adalah percaturan yang hasilnya dinilai di padang mahsyar kelak, penentu syurga dan neraka.

Kenapa hal-hal sekecil mencari sumber dan dalil yang sahih dalam setiap amal yang kita lakukan ditekankan? Ini adalah untuk mengelakkan kita dari tersilap sehingga tidak sampai ibadat yang kita hadiahkan pada Allah swt. Selain itu, Allah menguji hambaNya dengan melihat samada hambaNya mampu atau tidak untuk mengikut setiap perintahnya tanpa syak dan ragu-ragu. Sesungguhnya Islam adalah sebuah agama pencarian, bukan agama yang diturunkan dari keturunan atau ikut-ikutan semata. Keyakinan kita terhadap Allah dan Rasul haruslah teguh, seteguh bumi kekal pada paksinya.

Ramai dikalangan kita yang sangat bersungguh meminati satu figure manusia yang belum tentu tempatnya di akhirat kelak dan belum tentu tempatnya di sisi Allah sehingga sanggup menelusuri ratusan helaian majalah dan laman web untuk menggali informasi tentang figure tersebut. Sehinggakan ada yang berlumba-lumba dan melibatkan emosi seandainya ada yang lebih tahu dari mereka. Begitu juga yang obses tentang pelajaran, sanggup menghabiskan wang ringgit membeli buku-buku yang mahal dan tepat faktanya semata-mata untuk mencari bukti dari apa yang mereka ragukan. Tapi, apakah hal ini diaplikasikan dalam mencari ilmu agama? Barangkali ramai yang tidak. Merasa cukup dengan apa yang telah diajarkan dari sekolah dahulu tanpa merasa perlunya perbaikan dari segi ilmu dan amalannya. Sedih sekali karena semangat ini hanya bertumpu pada satu aspek kehidupan dan bukan keseluruhannya.

Banyak sudah bebelan saya pada hari ini, tidak mengapalah, sekadar meluah rasa. Semoga Allah memberi petunjuk dalam setiap perkara yang kita lakukan memandangkan dunia sudah menghampiri kiamat. Semoga jalan yang kita pilih di dunia ini adalah yang terbaik membantu posisi kita di akhirat kelak,Insyaallah. Jangan kerana malas mencari ilmu, kita sandarkan diri kita pada yang batil. Sayang sekali k. Terlalu mempermudahkan dalam hal agama adalah antara perkara yang dilarang oleh Allah swt. Wallahualam.



Tuesday, November 17, 2009

Aku dan kau...? Aku lah!

"mu sokong hok ane se? aku dop brehi hok tue, base rasuoh lake"
"kite jangan sokong parti pembangkang, bodoh jer dorg tue..."

Ini adalah salah dua daripada beratus komentar yang telah aku dengar dari kawan-kawan aku tentang politik di Malaysia. Kadang-kadang terdetik dalam hati apakah mereka tahu erti perjuangan sebenarnya. Kelihatannya macam lebih kepada emosi dan meluahkan perasaan agar nampak mereka tidak ketinggalan dalam arus politik dunia. Tapi kata-kata mereka sekadar melepas batuk di tangga, tidak lebih dari itu. Kritikan yang mereka berikan selalu berdasarkan lapang pandang fikiran yang cetek, berkata tanpa ada usul yang bernas. Sebab itu orang melayu maju mundur.hahaha

Kalau diperhatikan di Indonesia sendiri, sejarah naiknya ekonomi di negara ini adalah kerana bantuan bangsa Cina 90%. Masyarakat Cina di Indonesia sangat bijak dalam memonopoli ekonomi Indonesia sama seperti yang terjadi di Malaysia. Apabila ditanya kan pada bangsa Indonesia, ramai yang menuduh bahawa mereka ditindas oleh orang Cina Indonesia, orang Cina yang merampas hak ekonomi mereka, bangsa Cina juga yang telah membuatkan mereka dilanda kemiskinan. Walhal mereka tidak sedar yang selama ini menjatuhkan bangsa mereka adalah mereka sendiri. Yang berusaha bermati-matian untuk mencari sesuap nasi di tempa orang itu adalah bangsa yang menumpang, bangsa yang punya hanya duduk bersahaja merasa puas dengan apa mereka ada.Tanpa mereka sedari, kealpaan mereka yang membuatkan orang lain bertindak mendahului mereka dari semua aspek, ekonomi, budaya, kreativitas hingga ke pucuk pimpinan.

Lihat sahaja tindakan demonstrasi yang mereka lakukan tiap kali membantah sesuatu keputusan kerajaan, melempar kerusi di tengah-tengah jalan raya, berdiri di atas bas dan angkutan sambil memegang sepanduk dan gendang, menjerit-jerit melaungkan slogan untuk membela diri mereka. Hal ini berisiko besar apabila melibatkan kanak-kanak yang berusia muda. Anak-anak ini bagai dieksploitasi mindanya dengan fahaman dan perjuangan yang tidak mereka tahu asal dan penghujungnya. Dan mereka ini juga yang nanti menjadi mangsa atas tindak balas serangan pihak berwajib seperti polis dsb.

Dampaknya pada mereka hanyalah kepuasan sesaat sahaja. Sungguh memenatkan. Namun pada masyarakat sekitar, ini menganggu rotasi harian mereka. Kesesakan lalu lintas yang menggila dari hari demi hari, etika di jalan yang semakin memburuk, kurang nya hormat pada orang lain dan mementingkan diri sendiri walhal cukai dibayar bersama-sama. Sampah sarap akibat dari demonstrasi yang mereka lakukan cukup menyakitkan mata sehingga ada sebagian rakyat yang malu dengan perbuatan bangsanya sendiri. Bukan untuk mengutuk tempat orang, karena pemikiran seperi ini sudah mula menular pada rakyat negara sendiri maka bolehlah berkata-kata. Sekadar meluahkan pendapat.

Perihal ini terjadi mungkin disebabkan oleh berpisahnya agama dari kehidupan. Manusia mula melakukan kemusnahan di muka bumi sedangkan amanat yang mereka pegang daripada Allah di Luh Mahfuz adalah untuk menjaga bumi ini. Manusia sememangnya mudah lupa kalau tidak diperingatkan, lupa mereka diciptakan dari air mani yang hina dan tanah menjadi bahan dasar sehingga terbentuk Homo Sapien Sp yang berakal fikiran. Makhluk yang dimuliakan oleh Allah sehingga malaikat dan syaitan disuruh tunduk padanya. Peristiwa agung ini juga yang membuat Allah murka pada syaitan sehingga syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia. Tapi manusia tetap juga dikuasai oleh syaitan yang kalau difikirkan, walhal kita lebih mulia dari nya. Sukar apabila diri dikawal oleh hawa nafsu dan bukannya berpandukan iman dan pegangan akidah yang utuh sehingga akal waras yang diberikan untuk membezakan yang hak dan yang batil, ditukar ganti untuk membezakan sesuatu yang menguntungkan diri dan tidak menguntungkan diri sendiri. Sampai bila kita nak berteleku di takuk yang lama? Lu pikirlah sendiri- Kata Nabil.



Monday, November 16, 2009

Homesickness Disease!

Floating perfectly quietly on surface of my bed, i start thinking about my hometown and my family. I miss them a tons esp my mom, dad, granny n my grandpa.Everyone is crossing over my mind one by one like a chipsmore campaign; "Now You See, Now You Dont". Life is not about 1 person, it is a correlation between 2 and ++ hearts. Even sometime these people keep making you annoyed but they are your environment, your sun, your shaddy cloud, your pouring rain and your guiding angel. God,friends and family similar to each beat of my cardiac. Their love were full like the volumes of blood in a ventricle, then go with the flow to each single part of my body. I love them damn much!


Once i had a fight with my mom just because a simple thing, about trust. Trust itself as a nouns means reliance on an integrity, strength, ability, surety, etc of a person or thing; confidence. I found myself having sense when the person i do love n close enough cheating and this kinda feeling sometimes give me a really bad thinking (arabic say; Su' Zhon) to that person and its hurt me enough. I'm not saying that i never lie, yes, i do lie for good and bad also, but i dont lie about something related to a heart. But for my mom, she doesnt believe this kinda sense and she do believe the one she loves very well. I do bad-mouthing about this to my granny and my granny say even my mom act like a tiger, she has a very good heart, she loves n trust us very well even when we kept secret from her (eg. 1.sorok result exam, 2.sorok jatuh longkang n luka, 3.sorok beli gula2, 4.cilok duit die bwh karpet). Before the secret pops up, she will keep asking bout it, try to make us talk about that particular issue till we reveal the truth. Yeah, the true is out there mummy, haha...and when she notice that we are telling lie, there comes a big giant hanger and a sarcastic pinch on our butt(owh...thats killing me!). i love my mum very well either when she being a hulk hogan, or when she babbling for at least 4 hour, or even when she ask me to do loads of housework (which 90% i ignored).

[my mommy, my sweetheart]




Sunday, November 15, 2009

Me, ma self, and ai...

"Banyak dowh notes kali nie"
"Gle bapak slide die, da ar hitam, xpaham lak tuh..sengal! bek xyah bg modul"
"xpe2..ckit jer g ni, highlite jer sume..hahaha, janji da penah bc"


Those quotes are so familiar in my place. Yes, i am a student, a fourth year medical student in a country with a huge amount of populations called Jakarta. We were here not just because of the government, but we are here to fulfill our responsibility to learn medics and become a Doctor. Life is not simple and sometimes its really heartbreaking esp when u are facing an unstopable problems daily. Even a nightstand weekend cant stop u from thinking about it and thats we called a cycle of a human.

Learning medical in this kind of "keep on growing" country is not very difficult and worse as people thought. There are pro n cons when u're living in others places, even when we say that we loved 4 seasons country (which Jakarta also have 4 seasons; Hujan, Panas, Berdebu, and Suam2 kuku). Like my granny, my mom, and my teachers says "Hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri, kompem2 lah lebih baik kt negeri sendiri, ye idak?" and yet, i agree with it. Me myself, never can overcome my homesick (i really mean it), i will cry all over the night till dawn, imaging that i am lying on my comfy bed back at home and hearing my mom babbling, what a beautiful dream...hahaha


People perception towards Jakarta always variety from a shopping heaven to a place for honeymoon (which is not very suitable because women will start thinking about beggies, heels, etc). But for me as a student, Jakarta is a good place nor a nice place to live at because of it condition itself. I love being in a small town like i had before (Dungun and Kuala Pilah) such a warm cozzy place, located in a high hills (hills lar sgt,haha). But that kinda place suits me well even theres among of my friend called it "Kampung" but this "Kampung" thought me lots of lesson about life. How to communicate with people like they are well known person, how to make friends with people who talk differ from u before, and most of all, how u learn to adapt with people culture (that why Allah create us with a lot of race, it is a gift for us to meet people with thousand of variety culture, food, and so on but still we are the same, His creations)


I think i'm gonna stop babbling here. The rain is falling faster, blewing my mind away, and making me having a thought to take a nap for awhile. I'll continue my journey next time while still not busy with bucks of notes and homeworks. Sorry for my writing if its look weird, I'm not very good in English, but i'm trying my best to defeat my 'try everything in english'phobia inside me. Well, see ya again!




My First Entry

Its all about my life...my thoughts...my journey...people have their own perception on what's happening around them. We do judge things differently and some would like to share it with everybody, thinking that we can see things more than we ever think about...("^_____^)v