Tuesday, November 17, 2009

Aku dan kau...? Aku lah!

"mu sokong hok ane se? aku dop brehi hok tue, base rasuoh lake"
"kite jangan sokong parti pembangkang, bodoh jer dorg tue..."

Ini adalah salah dua daripada beratus komentar yang telah aku dengar dari kawan-kawan aku tentang politik di Malaysia. Kadang-kadang terdetik dalam hati apakah mereka tahu erti perjuangan sebenarnya. Kelihatannya macam lebih kepada emosi dan meluahkan perasaan agar nampak mereka tidak ketinggalan dalam arus politik dunia. Tapi kata-kata mereka sekadar melepas batuk di tangga, tidak lebih dari itu. Kritikan yang mereka berikan selalu berdasarkan lapang pandang fikiran yang cetek, berkata tanpa ada usul yang bernas. Sebab itu orang melayu maju mundur.hahaha

Kalau diperhatikan di Indonesia sendiri, sejarah naiknya ekonomi di negara ini adalah kerana bantuan bangsa Cina 90%. Masyarakat Cina di Indonesia sangat bijak dalam memonopoli ekonomi Indonesia sama seperti yang terjadi di Malaysia. Apabila ditanya kan pada bangsa Indonesia, ramai yang menuduh bahawa mereka ditindas oleh orang Cina Indonesia, orang Cina yang merampas hak ekonomi mereka, bangsa Cina juga yang telah membuatkan mereka dilanda kemiskinan. Walhal mereka tidak sedar yang selama ini menjatuhkan bangsa mereka adalah mereka sendiri. Yang berusaha bermati-matian untuk mencari sesuap nasi di tempa orang itu adalah bangsa yang menumpang, bangsa yang punya hanya duduk bersahaja merasa puas dengan apa mereka ada.Tanpa mereka sedari, kealpaan mereka yang membuatkan orang lain bertindak mendahului mereka dari semua aspek, ekonomi, budaya, kreativitas hingga ke pucuk pimpinan.

Lihat sahaja tindakan demonstrasi yang mereka lakukan tiap kali membantah sesuatu keputusan kerajaan, melempar kerusi di tengah-tengah jalan raya, berdiri di atas bas dan angkutan sambil memegang sepanduk dan gendang, menjerit-jerit melaungkan slogan untuk membela diri mereka. Hal ini berisiko besar apabila melibatkan kanak-kanak yang berusia muda. Anak-anak ini bagai dieksploitasi mindanya dengan fahaman dan perjuangan yang tidak mereka tahu asal dan penghujungnya. Dan mereka ini juga yang nanti menjadi mangsa atas tindak balas serangan pihak berwajib seperti polis dsb.

Dampaknya pada mereka hanyalah kepuasan sesaat sahaja. Sungguh memenatkan. Namun pada masyarakat sekitar, ini menganggu rotasi harian mereka. Kesesakan lalu lintas yang menggila dari hari demi hari, etika di jalan yang semakin memburuk, kurang nya hormat pada orang lain dan mementingkan diri sendiri walhal cukai dibayar bersama-sama. Sampah sarap akibat dari demonstrasi yang mereka lakukan cukup menyakitkan mata sehingga ada sebagian rakyat yang malu dengan perbuatan bangsanya sendiri. Bukan untuk mengutuk tempat orang, karena pemikiran seperi ini sudah mula menular pada rakyat negara sendiri maka bolehlah berkata-kata. Sekadar meluahkan pendapat.

Perihal ini terjadi mungkin disebabkan oleh berpisahnya agama dari kehidupan. Manusia mula melakukan kemusnahan di muka bumi sedangkan amanat yang mereka pegang daripada Allah di Luh Mahfuz adalah untuk menjaga bumi ini. Manusia sememangnya mudah lupa kalau tidak diperingatkan, lupa mereka diciptakan dari air mani yang hina dan tanah menjadi bahan dasar sehingga terbentuk Homo Sapien Sp yang berakal fikiran. Makhluk yang dimuliakan oleh Allah sehingga malaikat dan syaitan disuruh tunduk padanya. Peristiwa agung ini juga yang membuat Allah murka pada syaitan sehingga syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia. Tapi manusia tetap juga dikuasai oleh syaitan yang kalau difikirkan, walhal kita lebih mulia dari nya. Sukar apabila diri dikawal oleh hawa nafsu dan bukannya berpandukan iman dan pegangan akidah yang utuh sehingga akal waras yang diberikan untuk membezakan yang hak dan yang batil, ditukar ganti untuk membezakan sesuatu yang menguntungkan diri dan tidak menguntungkan diri sendiri. Sampai bila kita nak berteleku di takuk yang lama? Lu pikirlah sendiri- Kata Nabil.